1. STRUKTUR MAKLUMAT
Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini.
Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini.
Brown dan Yule
Pandangan ini dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris
(2007:78). Struktur maklumat merupakan unit terkecil dalam struktur wacana dan
berfungsi sebagai unit lokal yang kecilpada peringkat frasa atau klausa. Namun
demikian, unit ini perlulah membawa makna kerana sesebuah wacana itu pada
asalnya ialah sebuah teks yang mempunyai makna. Sekain itu, struktur maklumat
juga memberi sumber kepada penutur ataupun penulis untuk memberitahu pendengar
atau pembaca tentang status maklumat.
Halliday
Pandangan ini juga dipetik melalui Mohd. Rashid Md
Idris (2004:12). Struktur maklumat merupakan aspek yang termasuk dalam fungsi
makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema tema
wacana. Pendapat lain pula mengatakan bahawa struktur maklumat sebagai
organisasi teks atau wacanaberdasarkan maklumat lama atau maklumat baharu.
Sanat Md. Nasir
Pandangan ini dipetik melalui Mohd. Rashid Md. Idris
(2007:78). Struktur maklumat merupakan struktur yang membina unit maklumat.
Unit maklumat yang dimaksudkan ialah unit struktural yang terdiri daripada
maklumat lama dan maklumat baharu.
UNIT MAKLUMAT=
(MAKLUMAT LAMA) + MAKLUMAT BARU
Seperti dalam rumus di atas, maklumat lama adalah
bersifat opsional iaitu maklumat tersebut akan dialirkan sekiranya terdapat
perubahan status idea semasa proses memahaminya.
Fungsi Struktur
Maklumat
v Menjadi sumber kepada penutur atau penulis dengan
tujuan memberitahu kepada pendengar atau pembaca mengenai status maklumat
tersebut.
v Membina unit maklumat
Maklumat Lama
Maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan
ditandai dengan nada yang tinggi. Menurut Halliday (Mohd Rashid Md Idris,
2004:14), maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima.
Pandangan ini turut dipersetujui oleh Crystal (Mohd Rashis Md. Idris, 2004:14-15).
Menurut Crystal, unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya berfungsi
sebagai maklumat lama.
Menurut
Pickering pula, maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’.
Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca
sesebuah teks adalah maklumay lama. Maklumat lama dapat dikenalpasti apabila
penyampai dapat merangsangkesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui
pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak.
Bagi
mengenalpasti maklumat lama, terdapat tujuh penanda maklumat lama.
o Kaedah perujukan
Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung
dirujuk melaluiteks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui
penggunaan kata ganti.
o Kaedah penggantian
Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian
digantikan dalam bentu baharu secara semantik ataupun nahuan.
o Kaedah peerulangan
Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa
makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan
sebarang perubahan pada kategorinya.
o Kaedah perulangan sebahagian
Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata
yang mengulang
o Kaedah penghilangan
Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau
amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.
o Kaedah leksikal
Merujuk kepada pertalian antara ayat secara
semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan
secara semantik.
o Kaedah prafrasa
Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara
pengolahannya berbeza.
Maklumat Baru
Maklumat baru merupakan maklumat yang ditambah dalam
pengetahuan. Menurut Crystal (Mohd. Rashid Md. Idris, 2004:19), konsep tambahan
merujuk kepada maklumat baharu yang ditambah itu dibatasi dengan pola ayat yang memperlihatkan suatu susunanmaklumat apabila judul dan
cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana
bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis.
Menurut Sato Hirobumi, terdapat empat jenis susunan
maklumat.
v Maklumat baru tambahan
Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah
berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.
v Maklumat baru kontrastif
Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari
segi semantik.
v Maklumat baru pemberitaan neutral
Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak
mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.
v Maklumat baru fokus
Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan
fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul)
Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek penerimaan ini sangat berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini disebabkan oleh kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Maksudnya di sini ialah pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut.
Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana.
Tahap Penerimaan
Seperti yang telah dibincangkan, tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada pemahaman teks. Teks yang dibaca atau didengar mestilah secara berurutan. Tahap penerimaan yang tinggi kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap tujuan juga.
Tahap penerimaan yang rendah pula dapat dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermaknaserta tidak dapat difahami oleh pembaca mahupun pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.
Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan oleh pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan bercetak, tetapi juga turut bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca tau pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau penulis.
Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta bolehmenghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.

2. STRUKTUR TEMA
Halliday
Pandangan ini dipetik daripada Mohd Rashid Md Idris (2007:76). Struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat.
Sanat Md. Nasir
Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md. Idris, 2004:21). Klausa yang berfungsi sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formalsebagai unsur pada awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah selebihnya, iaitu bahagian yang mngembangkan ataupun yang menerangkan tentang tema.
Tema
Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.
Rema
Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, iaitu selepas tema.
RUJUKAN:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan