Selasa, April 19

KONSEP WACANA

Perkataan wacana berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu woconoWocono merupakan perkataan daripada woco yang bermaksud baca. Terdapat juga pendapat yang mengatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu discourse  yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu discurus yang bermakna ‘larian ke dan lari’ (dari satu ke satu klimaks seperti plot cerita).

            Umumnya, konsep wacana melibatkan dua aspek penting iaitu proses dan kognitif. Proses wacana ini melibatkan kognitif, iaitu akal fikiran kita semasa menghasilkan sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh melalui proses wacana tadi boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca atau didengari. Tatatingkat unit tatabahasa Melayu boleh dilihat seperti di bawah:



RUJUKAN:

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan