Isnin, April 18

TEORI DAN MODEL WACANA

TEORI TATABAHASA WACANA
Kajian tatabahasa wacana lazimnya memfokuskan kepada pemerhatian analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan bahawa ayat merupakan sebuah satuan yang terbesar dalam bahasa atau satuan yang terbesar untuk deskripsi tatabahasa. Menurut Mohd Rashid (2004: 31), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik. Menurut Asmah (1987: 108) dalam buku Mohd Rashid, kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logik antara butir fikiran dengan perkembangan aqliah yang ada di dalamnya, iaitu keteraturan fikiran (coherence) dan kesatuan ini diberi nama wacana (discourse) atau teks. Manakala bagi Sanat Md. Nasir, persoalan keteraturan fikiran dalam wacana dipanggil runtutan. Ayat-ayat yang tidak mempunyai hubungan logik antara satu sama lain dan diletakkan secara berturut-turut, kumpulan ayat ini tidak boleh dipanggil sebagai runtut.

MODEL TAUTAN PINDAAN 
Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud asalnya ialah Model Halliday dan Hassan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula kerana ada aspek tautan yang tidak disentuh.  Aspek itu ialah tautan perulangan prafrasa, paralelisme, dan tautan perulangan struktur dan makna sama.
       Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Pembahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Skema jenis jawapan tautan utama dengan subjenis masing –masing ditunjukkan seperti di bawah:

Tautan Perulangan:

  • Rujukan 
  • Penggantian
  • Ellipsis
  • Leksikal
  • Parafrasa
  • Pallelisme
  • Perulangan Struktur dan Makna

Tautan Kolokasi:
  • Antonim
  • Hiponim
  • Hasil
  • Sifat

Tautan Penghubung Ayat:


  • Tambahan
  • Tentangan 
  • Sebab - musabab 
  • Waktu
  • Terusan

TEORI ATQAKUM
Sanat Md. Nasir (1998: 122-124) berpendapat bahawa teori-teori tatabahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan penciptaanNya, Khaliqnya. Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh, iaitu Teori Atqakum. Teori Atqakum menggabungkan kepadaan deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepada ‘atqakum’.
        Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus, iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Teori ini menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang memaksimumkan fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liya’budu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan bahasa pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual, iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk kepada kemahabesaran Allah (wakhilaf) bagi yang mengetahuinya. Kerangka fungsi bahasa (liya’budu) ini tidak hanya terbatas kepada penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan.
      Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep ‘alamma’ memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya, iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai ‘Wacana Plus Plus’. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat ddalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaib.


MODEL SATO HARIBUMI (RAHMAT ABDULLAH) 
Terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan wacana, iaitu dalam bentuk artikel, kertas kerja, buku, latihan ilmiah dan tesisi sarjana. Pada mulanya ayat disifatkan sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam bahasa atau satuan terbesar  dalam deskripsi tatabahasa. Dekad 1990-an memrperlihatkan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu kian menyerlah. Sato Haribumi atau Rahmat Abdullah merupakan ahli bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang wacana.

Konsep runtutan / koheran
Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanyasusunan gagasan atau konsep; jalinan hubungan yang mengetengahkan haltersebut dan isi teks supaya dapat difahami secara relevan. Menurut Leman (2002), koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:
(i)Aturan Pengulangan;
(ii)Aturan Perkembangan;
(iii)Aturan Hubungan;
(iv)Aturan Tidak Bercanggah.
Untuk mempelajari wacana, anda terlebih dahulu perlu mengetahui teorikomunikasi, sama ada unsur-unsurnya atau pun kaedah komunikasi.

Maklumat Lama dan Baru

Maklumat yang disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan disusun dengan cara tertentudalam proses komunikasi. Dalam perbualan seharian, kita jarang memikirkan apa yang hendak dikatakan apatah lagi menyusunnya. Ini kerana ia dihasilkan secara natural atau spontan. Tetapi,apabila kita mengkaji bahasa, tanpa kita sedari kita mengenakan cara berkomunikasi. Struktur inidibina dalam nahu bahasa dan berlaku pada peringkat klausa. Semua klausa mempunyai strukturinformasi dan kita menggunakannya dalam lisan dan tulisan.Menurut Halliday, struktur informasi merujuk kepada ‘proses interaksi di antara apayang sudah diketahui atau dijangkakan dan apa yang baru atau tidak dijangkakan’. Unit informasi terdiri daripada satu unsur maklumat pilihan; bermakna boleh ada atau tidak ada. Yangada hanya maklumat baru dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, pembaca faham apakahmaklumat lama yang ditiadakan, maklumat baru dan diikuti oleh satu unsur baru yang wajib(maklumat baru).Struktur maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru.Maklumat lama adalah maklumat yang dijangka sudah diketahui oleh pendengar. Manakalamaklumat baru adalah maklumat yang belum diketahui oleh pendengar. Maklumat baru biasanyaberada pada bahagian kedua klausa. Sesebuah komunikasi dapat berlangsung dengan berkesanapabila penyapa dapat berkongsi pengetahuan bersama dengan pesapa. Pengetahuan yangdikongsikan ini selalunya terdapat pada permulaan klausa termasuk maklumat yang menjadifokus kepada mesej penyapa, maklumat itu dikira baru.Manakala menurut Brown dan Yule (1983: 153) menyatakan struktur maklumat dilihatsebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan unit lokal yang kecil pada peringkat frasa atau klausa. Ianya merupakan sumber kepada penutur atau penulis untuk memberitahu penerima ataupendengar tentang maklumat.




RUJUKAN:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication. 

2 ulasan: