Ahad, April 17

CIRI - CIRI WACANA

Terdapat pelbagai pendapat tokoh yang menyatakan ciri - ciri wacana. Menurut Nik Safiah Karim (2008), dalam Tatabahasa Dewan membahagikan ciri wacana kepada iaitu runtutan dan tautan. Manakala Mohd Rashid Md Idris (2004) telah membahagikan ciri wacana kepada koheren, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat tidak berlawanan. Asmah Hj. Omar pula dalam satu artikel pula menyatakan bahawa ciri wacana adalah satuan bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi kesinambungan. kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata. Jelasnya, ciri - ciri wacana boleh dikatakan terdapat tujuh ciri - ciri secara umum iaitu runtutan, tautan, keadaan, interteks, struktur maklumat, tujuan dan penerimaan. 

RUNTUTAN
Runtutan bermaksud koheran. Webster dalam Tarigan menyatakan koheran,adalah hubungan yang cocok dan sesuai atau kebergantungan antara satu samal lain yang rapi, beranjak dari hubungan-hubungan alamiah bahagian-bahagian atau hal-hal satu sama lain, seperti bahagian-bahagian wacana atau percanggahan sesuatu rentetan penalaran. Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid pula mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logic atau kualiti kefahaman tentang sesuatu.
        Menurut F.J Angelo dalam Tarigan, runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, perbandingan dan sebagainya. Pembahagian aspek runtutan terbahagi kepada aditif atau penambahan, rentetan, pengulangan, penekanan, hubungan keseluruhan dan bahagian, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan perbandingan, hubungan ibarat dan hubungan tujuan.

a)      Aditif atau Penambahan
Menurut Kamus Dewan, 2008 : 526) aditif digunakan untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara. Terdapat pelbagai jenis aditif seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, di samping itu dan sebagainya. Contohnya,

Lelaki dan perempuan, tua dan muda, juga para tetamu turut bekerja bergotong-royong menumpaskan hama tikus di sawah-sawah di desa kami. Selain daripada menyelamatkan tanaman, mereka juga sedia upaya menyelamatkan hasil padi. Selanjutnya, hal ini akan meningkatkan pendapatan masyarakat.
b) Rentetan
     Digunakan sebagai tanda bagi memperkatakan sesuatu secara beurutan. Seterusnya digunakan untuk memperjelaskan sesuatu proses. Sebagai contoh :

Pertama kali kita semua harus mendaftarkan diri sebagai anggota kumpulan. Kedua, kita membayar yuran keahlian. Berikutnya, kita mengikuti ujian, dan selanjutnya jika kita lulus barulah akan dipilih sebagai anggota tetap. Akhir sekali, kita akan diangkat menjadi anggota yang berbakti kepada masyarakat dan Negara.

c)      Pengulangan
Pengulangan bertindak sebagai penegasan sesuatu maklumat yang diperkatakan. Apabila sesuatu maklumat diulang banyak kali, pembaca boleh memahami dengan jelas tentang topic yang diperkatakan.  Sebagai contoh :

Dia mengatakan kepada saya bahawa kasih saying itu berada dalam jiwa dan raga ibu. Saya menerima kebenaran ucapan itu. Kerana kasih saying pertama saya peroleh adalah daripada ibu. Ibu melahirkan saya. Ibu menagsuh saya. Ibu menyusui saya. Ibu memandikan saya. Ibu mencintai dan mengasihi saya. Semoga ibu panjang umur dan selalu dilindungi oleh Tuhan

d)     Penekanan
Penekanan dalam aspek wacana memberi penekanan terhadap meningkatakan kekoherensifan wacana dalam sesuatu teks atau perkara yang diperkatakan. Penekanan ditandai dengan kata sesungguhnya, sungguh, memang, nampaknya dan bahawasanya. Kata penekanan merupakan bentuk penegasan bagi kata yang bergabung dengannya. Sebagai contoh :

Berkerja bergotong-royong itu bukan pekerjaan sia-sia. Nyatalah kini hasilnya. Jambatan sepanjang tujuh kilometer yang menghubungkan kampung kita ini dengan kampung di seberang Sungai Lau Biang ini telah sekali kita kerjakan dengan AMD (Abri Masuk Desa). Jelaslah hubungan antara kedua kampung berjalan lebih lancar. Sudah tentu hal ini memberi dampak positif bagi masyarakat kedua kampung. Kendaraan dapat berjalan lancar membawa hasil pertanian ke pasar. Perekonomian rakyat kian meningkat. Kehidupan masyarakat kian meningkat. Sebenarnyalah masyarakat harus memahami arti perhubungan dalam kehidupan sehari-hari.


TAUTAN

Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsure linguistik dengan satu unsure linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan juga bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hunbungan ini dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang lain dalam wacana yang sama. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Menurut Halliday dan Hassan, makna tautan itu dipecahkan kepada dua sudut, iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua – dua nahuan ini wujud dalam kesatuan teks. 
Halliday dan Hassan:
Mendefinisikan tautan sebagai ciri – ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu tautan ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu. Kedua – dua tokoh ini membahagikan tautan kepada kepada
                 (i)            Pronomina,
               (ii)            Substitusi,
             (iii)            Ellipsis,
             (iv)            Konjungsi dan
               (v)            Leksikal. 


INTERTEKS
Interteks adalah pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman sesorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan interteks.
            Interteks juga perlu mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat atau perenggan, ayat sebelumnya atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku dengan buku. Contoh seperti di bawah:

Kereta itu berwarna kuning. Ali memandu kereta itu.

Contoh di atas menunjukkan ciri interteks. Melalui ayat kedua, kita mengetahui Ali memandu kereta berwarna kuning melalui pernyataan ayat yang pertama.


KEADAAN
Ciri-ciri wacana keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu teks. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Menurut Nik Hassan Nik Basri, latar ialah keterangan atau gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang meliputi perihal tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi.
       Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
     Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya:

            “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.”
             “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

      Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Misalnya:

            “Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.”
             “ia mendapat pujian daripada guru besar.”

     Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. 


STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA
Struktur Maklumat
Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini.
Brown dan Yule:
Pandangan ini dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan unit terkecil dalam struktur wacana dan berfungsi sebagai unit lokal yang kecilpada peringkat frasa atau klausa. Namun demikian, unit ini perlulah membawa makna kerana sesebuah wacana itu pada asalnya ialah sebuah teks yang mempunyai makna. Selain itu, struktur maklumat juga memberi sumber kepada penutur ataupun penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status maklumat.

Halliday:
Pandangan ini juga dipetik melalui Mohd. Rashid Md Idris (2004:12). Struktur maklumat merupakan aspek yang termasuk dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema tema wacana. Pendapat lain pula mengatakan bahawa struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacanaberdasarkan maklumat lama atau maklumat baharu.

Sanat Md. Nasir:
Pandangan ini dipetik melalui Mohd. Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan struktur yang membina unit maklumat. Unit maklumat yang dimaksudkan ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baharu.

UNIT MAKLUMAT= (MAKLUMAT LAMA) + MAKLUMAT BARU

Seperti dalam rumus di atas, maklumat lama adalah bersifat opsional iaitu maklumat tersebut akan dialirkan sekiranya terdapat perubahan status idea semasa proses memahaminya.

Maklumat Lama:
Maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi. Menurut Halliday (Mohd Rashid Md Idris, 2004:14), maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Crystal (Mohd Rashis Md. Idris, 2004:14-15). Menurut Crystal, unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya berfungsi sebagai maklumat lama.
            Menurut Pickering pula, maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sesebuah teks adalah maklumay lama. Maklumat lama dapat dikenalpasti apabila penyampai dapat merangsangkesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak.
            Bagi mengenalpasti maklumat lama, terdapat tujuh penanda maklumat lama.
o   Kaedah perujukan
Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melaluiteks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti.

o   Kaedah penggantian
Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentu baharu secara semantik ataupun nahuan.

o   Kaedah perulangan
Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.

o   Kaedah perulangan sebahagian
Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang

o   Kaedah penghilangan
Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.

o   Kaedah leksikal
Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

o   Kaedah prafrasa
Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.

Maklumat Baru:
Maklumat baru merupakan maklumat yang ditambah dalam pengetahuan. Menurut Crystal (Mohd. Rashid Md. Idris, 2004:19), konsep tambahan merujuk kepada maklumat baharu yang ditambah itu dibatasi dengan  pola ayat yang memperlihatkan  suatu susunanmaklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis.
Menurut Sato Hirobumi, terdapat empat jenis susunan maklumat.

v  Maklumat baru tambahan
Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

v  Maklumat baru kontrastif
Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

v  Maklumat baru pemberitaan neutral
Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.

v  Maklumat baru fokus
Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul)

Struktur Tema
Halliday:
Pandangan ini dipetik daripada Mohd Rashid Md Idris (2007:76). Struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat.

Sanat Md. Nasir:
Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md. Idris, 2004:21). Klausa yang berfungsi sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formalsebagai unsur pada awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah selebihnya, iaitu bahagian yang mngembangkan ataupun yang menerangkan tentang tema.

Tema:
Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.

Rema:
Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, iaitu selepas tema.


TUJUAN 
Tujuan merupakan salah satu tahap runtutan. Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting dalam wacana yang sangat berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan dalam bentuk lisan atau tulisan mestilah mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Tujuan tersebut pula adalah ditentukan oleh penulis atau penutur itu sendiri. Sesuatu ujaran atau tulisan itu mestilah mempunyai tujuan untuk mewujudkan interaksi yang komunikatif. Akhirnya, tujuan tersebut akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menentukan tujuan seseorang penulis atau penutur itu.

Menentukan Tujuan Melalui Ayat
·         Ayat tanya
Ayat tanya memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti tujuan terhadap sesuatu ujaran atau tulisan. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), terdapat dua jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Kedua-dua jenis ayat ini pula akan menghasilkan tujuan tertentu. Sekiranya pertanyaan merupakan ayat tanya terbuka, jawapan adalah bersifat pelbagai. Manakala bagi ayat tanya tertutup pula jawapannya hanya memberi pilihan sama ada ya atau tidak.
·         Ayat perintah
Ayat perintah merupakan ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), ayat perintah merupakan ayat yang bertujuan untuk memberi arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.
·         Ayat seruan
Menurut Ahmad Khair (2009), ayat seruan digunakan untuk mengekspresikan perasaan yang kuat, kagum, marah, sakit atau hairan.

Menentukan Tujuan Melalui Pemerihalan Teks
·         Runtutan
Penulis atau penutur akan menggunakan rentetan bagi tujuan memerikan teks atau peristiwa secara berurutan. Teks yang berurutan akan dibaca atau didengar mengikut rentetan. Semakin pembaca atau pendengar membacanya atau mendengarnya, mereka akan lebih mudah memahami tujuan tekas tersebut ditulis atau diujarkan.
·         Tautan
Tautan digunakan untuk mewujudkan pertalian antara teks. Tautan ini boleh dilihat melalui pengulangan, sinonim, antonim, ekuivalensi, penghubung, elipsis, substitusi dan kata ganti. Apabila berlaku aspek-aspek tautan di atas, tujuan terhadap sesuatu teks itu diujarkan atau ditulis akan semakinn jelas.



PENERIMAAN
Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek penerimaan ini sangat berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini disebabkan oleh kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Maksudnya di sini ialah pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut.
Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana.

Tahap Penerimaan
Seperti yang telah dibincangkan, tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada pemahaman teks. Teks yang dibaca atau didengar mestilah secara berurutan. Tahap penerimaan yang tinggi kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap tujuan juga.
Tahap penerimaan yang rendah pula dapat dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermaknaserta tidak dapat difahami oleh pembaca mahupun pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.

Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan oleh pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan bercetak, tetapi juga turut bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca tau pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau penulis.
Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta bolehmenghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.
  


RUJUKAN:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication. 

1 ulasan:

  1. runtutan & pautan tu boleh dapat sumber rujukan?hal ini kerana seperti terbalik maksud antara keduanya.

    BalasPadam