Sabtu, April 16

TAUTAN (KOHESI) DAN RUNTUTAN (KOHEREN)

TAUTAN
Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsure linguistik dengan satu unsure linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan juga bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hunbungan ini dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang lain dalam wacana yang sama. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Menurut Halliday dan Hassan, makna tautan itu dipecahkan kepada dua sudut, iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua – dua nahuan ini wujud dalam kesatuan teks.

Ciri – ciri Tautan:
Tautan terbahagi kepada tiga ciri iatu:
Tautan perulangan:
i.        Rujukan
ii.      Penggantian
iii.    Ellipsis
iv.    Leksikal
v.      Parafrasa
vi.    Pallelisme
vii.  Perulangan struktur dan makna

Tautan kolokasi :
i.        Antonim
ii.      Hiponim
iii.    Hasil
iv.    Sifat

Tautan penghubung ayat :
i.        Tambahan
ii.      Tentangan
iii.    Sebab-musabab
iv.    Waktu
v.      Terusan



RUNTUTAN
Runtutan dikatakan sebagai perantaraan gagasan idea yang menunjukkan sesuatu idea atau fikiran dijalin dalam sebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan mempunyai makna. Makna adalah untuk menyampaikan bahasa atau tanda – tanda lain untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya disampaikan oleh ujaran yang muncul dalam sesuatu teks. Ringkasnya, runtutan merupakan gagasan idea yang terbentuk yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu dan idea tersebut mengandungi makna yang ingin disampaikan.

Ciri Runtutan Mengikut Tokoh Bahasa:
Ciri runtutan boleh dilihat melalui tokoh dan ahli bahasa.
F.J D’ Angelo:
Beliau membahagikan runtutan kepada beberapan jenis, iaitu:
i.        Penambahan
ii.      Rentetan
iii.    Pengulangan
iv.    Penekanan
v.      Pertentangan
vi.    Parallel

Harimurti Kridalaksana:
Beliau membahagikan ciri runtutan kepada beberapa jenis iaitu hubungan:
i.        Alasan dan akibat
ii.      Sebab dan akibat
iii.    Hasil kegagalan
iv.    Perbandingan
v.      Aditif temporal
vi.    Ibarat 

RUJUKAN:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan