Sabtu, April 16

TUJUAN DAN PENERIMAAN

1. TUJUAN
Tujuan merupakan salah satu tahap runtutan. Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting dalam wacana yang sangat berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan dalam bentuk lisan atau tulisan mestilah mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Tujuan tersebut pula adalah ditentukan oleh penulis atau penutur itu sendiri. Sesuatu ujaran atau tulisan itu mestilah mempunyai tujuan untuk mewujudkan interaksi yang komunikatif. Akhirnya, tujuan tersebut akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menentukan tujuan seseorang penulis atau penutur itu.

Menentukan Tujuan Melalui Ayat
·         Ayat tanya
Ayat tanya memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti tujuan terhadap sesuatu ujaran atau tulisan. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), terdapat dua jenis ayat tanya iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup. Kedua-dua jenis ayat ini pula akan menghasilkan tujuan tertentu. Sekiranya pertanyaan merupakan ayat tanya terbuka, jawapan adalah bersifat pelbagai. Manakala bagi ayat tanya tertutup pula jawapannya hanya memberi pilihan sama ada ya atau tidak.
·         Ayat perintah
Ayat perintah merupakan ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), ayat perintah merupakan ayat yang bertujuan untuk memberi arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.
·         Ayat seruan
Menurut Ahmad Khair (2009), ayat seruan digunakan untuk mengekspresikan perasaan yang kuat, kagum, marah, sakit atau hairan.

Menentukan Tujuan Melalui Pemerihalan Teks
·         Runtutan
Penulis atau penutur akan menggunakan rentetan bagi tujuan memerikan teks atau peristiwa secara berurutan. Teks yang berurutan akan dibaca atau didengar mengikut rentetan. Semakin pembaca atau pendengar membacanya atau mendengarnya, mereka akan lebih mudah memahami tujuan tekas tersebut ditulis atau diujarkan.
·         Tautan
Tautan digunakan untuk mewujudkan pertalian antara teks. Tautan ini boleh dilihat melalui pengulangan, sinonim, antonim, ekuivalensi, penghubung, elipsis, substitusi dan kata ganti. Apabila berlaku aspek-aspek tautan di atas, tujuan terhadap sesuatu teks itu diujarkan atau ditulis akan semakin jelas.


2. PENERIMAAN
Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek penerimaan ini sangat berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini disebabkan oleh kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Maksudnya di sini ialah pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut.
Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana.

Tahap Penerimaan
Seperti yang telah dibincangkan, tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada pemahaman teks. Teks yang dibaca atau didengar mestilah secara berurutan. Tahap penerimaan yang tinggi kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap tujuan juga.
Tahap penerimaan yang rendah pula dapat dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermaknaserta tidak dapat difahami oleh pembaca mahupun pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.

Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan oleh pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan bercetak, tetapi juga turut bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca tau pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau penulis.
Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta bolehmenghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.


RUJUKAN:
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication. 







Jumaat, April 15

STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA

1. STRUKTUR MAKLUMAT
Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini.
Brown dan Yule
Pandangan ini dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan unit terkecil dalam struktur wacana dan berfungsi sebagai unit lokal yang kecilpada peringkat frasa atau klausa. Namun demikian, unit ini perlulah membawa makna kerana sesebuah wacana itu pada asalnya ialah sebuah teks yang mempunyai makna. Sekain itu, struktur maklumat juga memberi sumber kepada penutur ataupun penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status maklumat.

Halliday
Pandangan ini juga dipetik melalui Mohd. Rashid Md Idris (2004:12). Struktur maklumat merupakan aspek yang termasuk dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema tema wacana. Pendapat lain pula mengatakan bahawa struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacanaberdasarkan maklumat lama atau maklumat baharu.

Sanat Md. Nasir
Pandangan ini dipetik melalui Mohd. Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan struktur yang membina unit maklumat. Unit maklumat yang dimaksudkan ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baharu.

UNIT MAKLUMAT= (MAKLUMAT LAMA) + MAKLUMAT BARU

Seperti dalam rumus di atas, maklumat lama adalah bersifat opsional iaitu maklumat tersebut akan dialirkan sekiranya terdapat perubahan status idea semasa proses memahaminya.

Fungsi Struktur Maklumat
v  Menjadi sumber kepada penutur atau penulis dengan tujuan memberitahu kepada pendengar atau pembaca mengenai status maklumat tersebut.
v  Membina unit maklumat


Maklumat Lama
Maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi. Menurut Halliday (Mohd Rashid Md Idris, 2004:14), maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Crystal (Mohd Rashis Md. Idris, 2004:14-15). Menurut Crystal, unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya berfungsi sebagai maklumat lama.
            Menurut Pickering pula, maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sesebuah teks adalah maklumay lama. Maklumat lama dapat dikenalpasti apabila penyampai dapat merangsangkesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak.
            Bagi mengenalpasti maklumat lama, terdapat tujuh penanda maklumat lama.
o   Kaedah perujukan
Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melaluiteks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti.
o   Kaedah penggantian
Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentu baharu secara semantik ataupun nahuan.
o   Kaedah peerulangan
Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.
o   Kaedah perulangan sebahagian
Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang
o   Kaedah penghilangan
Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.
o   Kaedah leksikal
Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.
o   Kaedah prafrasa
Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.


Maklumat Baru
Maklumat baru merupakan maklumat yang ditambah dalam pengetahuan. Menurut Crystal (Mohd. Rashid Md. Idris, 2004:19), konsep tambahan merujuk kepada maklumat baharu yang ditambah itu dibatasi dengan  pola ayat yang memperlihatkan  suatu susunanmaklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis.
Menurut Sato Hirobumi, terdapat empat jenis susunan maklumat.

v  Maklumat baru tambahan
Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

v  Maklumat baru kontrastif
Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

v  Maklumat baru pemberitaan neutral
Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.

v  Maklumat baru fokus
Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul)

Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek penerimaan ini sangat berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini disebabkan oleh kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Maksudnya di sini ialah pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut.
Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana.

Tahap Penerimaan
Seperti yang telah dibincangkan, tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada pemahaman teks. Teks yang dibaca atau didengar mestilah secara berurutan. Tahap penerimaan yang tinggi kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap tujuan juga.
Tahap penerimaan yang rendah pula dapat dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermaknaserta tidak dapat difahami oleh pembaca mahupun pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.

Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan oleh pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan bercetak, tetapi juga turut bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca tau pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau penulis.
Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta bolehmenghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.

Penerimaan merupakan pemahaman pendengar atau penutur terhadap teks yang diujar atau ditulis. Aspek penerimaan ini sangat berkait rapat dengan aspek tujuan. Hal ini disebabkan oleh kefahaman yang tinggi tentang tujuan sesuatu teks akan menyebabkan tahap penerimaan terhadap teks tersebut turut meningkat. Maksudnya di sini ialah pembaca atau pendengar akan lebih memahami teks tersebut.
Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima sesebuah wacana.

Tahap Penerimaan
Seperti yang telah dibincangkan, tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada pemahaman teks. Teks yang dibaca atau didengar mestilah secara berurutan. Tahap penerimaan yang tinggi kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap tujuan juga.
Tahap penerimaan yang rendah pula dapat dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermaknaserta tidak dapat difahami oleh pembaca mahupun pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.

Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan oleh pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan bercetak, tetapi juga turut bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca tau pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau penulis.
Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta bolehmenghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan.


2. STRUKTUR TEMA
Halliday
Pandangan ini dipetik daripada Mohd Rashid Md Idris (2007:76). Struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat.

Sanat Md. Nasir
Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md. Idris, 2004:21). Klausa yang berfungsi sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formalsebagai unsur pada awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah selebihnya, iaitu bahagian yang mngembangkan ataupun yang menerangkan tentang tema.

Tema
Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.

Rema
Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, iaitu selepas tema.

RUJUKAN:

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication. 

Khamis, April 14

KAJIAN ANALISIS WACANA

Senarai Kajian Analisis Wacana:

  1. Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di Malaysia Singapura oleh Sanat Md. Nasir _Sumber: KLIK DI SINI
  2. Jejak Halliday dalam Linguistik Kritis dan Wacana Kritis oleh Anang Santoso_ Sumber: KLIK DI SINI
  3. Pragmatik, Analsisi Wacana dan Guru Bahasa oleh Diemroh Ihsan_Sumber: KLIK DI SINI
  4. Analisis Tautan Kolokasi dalam Peribahasa Melayu_Sumber: KLIK DI SINI
  5. Tautan Wacana dalam Penulisan Karangan Pelajar Tingkatan Enam oleh Shamsul Hazliyatul Akma Binti Mohmad_Sumber: KLIK DI SINI
  6. Karya Masuri S.N dari Sudut Wacana oleh Sanat Md. Nasir_Sumber: KLIK DI SINI
  7. Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu oleh Zamri Salleh dan Abdull Sukor Shaari_Sumber: KLIK DI SINI
  8. Pemerihalan Tautan dalam Wacana Mentera oleh Hassan Hasbollah_Sumber: KLIK DI SINI
  9. Analisis Wacana Naskah Drama Esok di Neraka oleh Denik Wirawati_Sumber: KLIK DI SINI
  10. Ucapan Bajet 2006 oleh Perdana Menteri Malaysia: Analisis Wacana KritisPlus dalam Perbandingan oleh Sanat Md. Nasir_Sumber: KLIK DI SINI